CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Kelantan] Rupanya maut akibat serangan jantung...

[Copy link]
Post time 15-5-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN terdahulu Harian Metro

Bachok: Seorang lelaki yang maut ketika menunggu anaknya pulang sekolah dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukannya akibat strok haba.

Mangsa, Mohd Kamarulzaman Yusuf, 45 mengadu sakit dada ketika menunggu anaknya di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, petang semalam.

Isteri mangsa, Syaripah Mansor, 39 berkata, ketika kejadian dia dan suami serta tiga lagi anak berada di dalam kereta sebelum arwah secara tiba-tiba mengalami kekejangan di bahagian tangan dan mulut.

"Beberapa hari ini suami tak berselera makan nasi, jadi ketika tunggu anak, dia minum air koktail sambil berbual dengan saya sementara tunggu anak keluar.

"Tengah bercakap, dia tiba-tiba kejang di bahagian mulut dan tangan, saya urut dada dan muka, dia okay sedikit, kejadian berlaku kira-kira 10 minit," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) II, Kota Bharu.

Syaripah berkata, selepas itu, dia meminta orang ramai membawa suaminya berehat di dalam surau sekolah.

Katanya, tidak lama kemudian pegawai kesihatan daripada Klinik Kesihatan Kota Jembal yang tiba di lokasi mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia.

"Dia ada mengadu pasal panas dan kerap mandi selain tidak mempunyai penyakit lain kecuali lelah.

"Selain itu, ujian covid-19 yang diambil juga turut negatif, saya reda dengan pemergian suami," katanya.

Dia berkata, sehari sebelum kejadian arwah turut menyebut tentang insurans dan menyuruh menggunakan untuk kegunaan bayaran perniagaan dan simpanan anak-anak.

"Sepatutnya selepas mengambil anak sekolah ,kami akan terus tapak perniagaan di Pasir Akar, Pasir Puteh," katanya yang memberitahu dia dan suami menjual pakaian dan minuman sebagai pendapatan keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung.

Katanya, mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui ke atas si mati.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-serangan-jantung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.358435 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list