View: 298|Reply: 0
|
[Selangor]
Bahan lucah antara dorongan remaja terbabit kesalahan seksual
[Copy link]
|
|
Serdang: Pengaruh bahan lucah dan suka sama suka antara faktor utama yang mendorong peningkatan kesalahan seksual dalam kalangan remaja bawah umur di Selangor.
Ketua Polis negeri Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan siasatan kes pada Januari hingga April lalu, dengan bahan berunsur seksual boleh diakses menerusi media sosial.
Katanya, sebanyak 155 kes seksual membabitkan individu bawah umur dilapor sepanjang tahun ini, yang mana 33 suspek terdiri daripada pelajar sekolah menengah, manakala mangsa paling muda berusia 12 tahun.
"Pihak polis mengingatkan ibu bapa supaya pantau aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Pantau juga keberadaan anak-anak, dengan siapa mereka berasa dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan, di sini hari ini.
Hussein berkata, kurang kesedaran berkaitan undang-undang juga salah satu faktor utama kes seksual dalam kalangan individu bawah umur naik mendadak di Selangor.
Katanya, kebanyakan kes suka sama suka pula terjadi dalam tempoh singkat dan golongan muda berkenaan mudah terikut-ikut sehinggakan ada kejadian, yang mana mereka sanggup melakukan hubungan seksual di dalam kereta dan tandas awam.
"Walaupun baru kenal, perkara ini (hubungan seksual) begitu mudah berlaku dalam kalangan golongan muda bawah umur ini.
"Kebanyakan mangsa juga adalah pelajar kemungkinan mereka tidak tahu perkara itu satu kesalahan besar," katanya.
Katanya, dalam usaha membendung gejala sosial itu, pihaknya kerap mengadakan program advokasi di peringkat sekolah namun ia tidak memadai jika ibu bapa tidak memainkan peranan masing-masing.
"Kita nampak kesedaran itu kurang, kita perlu bantuan ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kerajaan yang lain.
"Sebab benda itu berlaku dengan mudah, kenal seminggu pun boleh berlaku. Jadi ibu bapa perlu pantau," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-kesalahan-seksual |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|