CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Selangor] 4 ditahan bunuh lelaki berjalan ke kereta

[Copy link]
Post time 15-5-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Serdang: Empat individu ditahan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika berjalan menuju keretanya sebaik selesai makan di sebuah medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan di sekitar Kinrara, Puchong di sini, Jumaat lalu.

"Berdasarkan siasatan, motif kejadian dipercayai berkaitan aktiviti gangsterisme dan dendam.

"Mangsa juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dipercayai terbabit aktiviti gengsterisme," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan polis menerima aduan kejadian pada 12.35 tengah malam daripada orang awam mengatakan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri di sebelah medan selera terbabit.

Semakan mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 397 kanun sama (samun berkumpulan) bersenjata).

Mangsa juga pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -berjalan-ke-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051861 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list