CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

[Johor] Demam denggi di Johor catat tahap membimbangkan

[Copy link]
Post time 15-5-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Kes denggi di negeri ini mencapai tahap membimbangkan apabila ia merekodkan peningkatan 30 peratus minggu lalu, berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata pada minggu sebelumnya atau Minggu Epid 18/2023 sebanyak 168 kes denggi dilaporkan sebelum ia meningkat mendadak sebanyak 218 kes denggi pada minggu lalu atau Minggu Epid ke 19/2023.

Katanya, peningkatan kes demam denggi minggu lalu itu yang tertinggi pernah dilaporkan setakat tahun ini.

Satu kematian berpunca kes demam denggi turut dilaporkan pada Minggu Epid 19/2023 di Johor.


"Trend peningkatan demam denggi di negeri ini adalah sangat membimbangkan.

"Jumlah kumulatif kes demam denggi di Johor setakat Minggu Epid ke 19/2023 ialah sebanyak 2,917 kes dan ia mencatatkan peningkatan 415 peratus kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan hanya sebanyak 566 kes.

"Daripada jumlah kes yang dilaporkan,sebanyak 1,081 kes (37.1 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak dan 1,836 kes (62.9 peratus) dari lokaliti bukan wabak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, daerah yang melaporkan kes tertinggi demam denggi adalah Johor Bahru yang menyumbang sebanyak 154 kes, 70.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes di negeri ini.

Ia diikuti Kulai (30 kes, 13.8 peratus), Batu Pahat (11 kes, lima peratus), Kluang (lapan kes , 3.7 peratus), Kota Tinggi (empat kes, 1.8 peratus).

"Muar, Tangkak dan Segamat masing-masing (tiga kes, 1.4 peratus) manakala Pontian dan Mersing, masing-masing (satu kes , 0.5 peratus).

"Daerah yang melaporkan peningkatan kes pada Minggu Epid 19/2023 berbanding Minggu 18/2023 adalah Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Tangkak," katanya.

Tian Soon berkata, aktiviti pemusnahan tempat pembiakan (PTP) kini giat dijalankan oleh anggota kesihatan membabitkan di dalam dan luar rumah.

"Penemuan tempat pembiakan serta tempat berisiko pembiakan di dalam rumah menunjukkan masyarakat masih lagi belum peka kepada keperluan pembersihan dan pemusnahan tempat berisiko untuk pembiakan nyamuk Aedes.

"Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan telah pun mengeluarkan sebanyak 2,385 kompaun dengan nilai kompaun sebanyak RM 1,143,000 ditawarkan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 56.2 peratus telah membayar kompaun berkenaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... tahap-membimbangkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.376146 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list