View: 210|Reply: 0
|
[Kelantan]
Seludup Pati dalam skala kecil MO terbaharu penjenayah
[Copy link]
|
|
Pasir Mas: Menyeludup pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam skala kecil menjadi modus operandi terbaru kumpulan penjenayah rentas sempadan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata sejak kebelakangan ini tangkapan membabitkan Pati yang diperoleh adalah dalam jumlah yang sedikit tidak seperti sebelum ini.
Katanya, antara faktor utama penyeludupan sering berlaku di sempadan Malaysia-Thailand adalah kerana sungai Golok yang sempit selain kawasan tebing sungai yang menjadi penempatan penduduk tempatan.
"Selain itu, kawasan ladang yang ada di sepanjang sempadan memudahkan mereka untuk 'menyorokkan ' kumpulan Pati atau dijadikan lokasi transit sebelum dibawa destinasi seterusnya.
"Apa yang kita dapat rumuskan, kebanyakan Pati yang ditangkap adalah dari Myanmar dan Kemboja selain terdapat kes baharu membabitkan warga India.
"Kami juga mendapati warga asing yang memasuki Thailand mempunyai dokumen lengkap, tetapi yang menjadi tanda tanya apabila mereka masuk ke negara kita adalah secara haram," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Tandatangan Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.
Beliau turut berkongsi lantikan baharu Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Victor Bin Sanjos yang menggantikan Senior Asisten Komisioner Salim Youb di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, pagi tadi.
Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, Pasir Mas dan Tumpat adalah jajahan 'panas' kegiatan penyeludupan Pati kerana berdekatan dengan Sungai Golok.
Bagaimanapun, katanya, polis akan terus mengawal ketat sempadan Malaysia-Thailand agar tidak terus dibolosi dan kerjasama daripada penduduk tempatan dalam memberi informasi juga banyak membantu.
MUHAMAD Zaki (kiri) menerima cenderamata daripada Kama Azural. FOTO Syaherah Mustafa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penjenayah-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|