CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Johor] Pemandu lori positif dadah

[Copy link]
Post time 16-5-2023 08:56 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kluang: Pemandu lori yang terbabit kemalangan hingga menyebabkan penumpang van warga Pakistan di

Kilometer 52.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, hari ini disahkan positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, suspek lelaki berusia 57 tahun didapati positif dadah jenis syabu, Amphethamine (AMP) dan MOP menerusi ujian saringan urin.

Katanya, suspek turut mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes narkotik dan satu kes dadah.

"Pemandu lori ditangkap di Simpang Renggam dan tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori dan van terbabit dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

"Van yang bergerak di lorong perlahan masuk ke lorong kecemasan setelah pemandunya melihat lori yang datang laju arah belakang.

"Pada masa yang sama pemandu lori juga cuba mengelak van dan turut memasuki lorong kecemasan lalu melanggar belakang van.

"Akibat perlanggaran, van dan lori meluncur ke tengah jalan sehingga van terkena penghadang jalan lalu terbakar manakala lori pula terbalik," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa yang rentung adalah warga Pakistan yang duduk di tempat duduk belakang van dikenali sebagai Khabi Shah.

"Pemandu van dikenali sebagai Khan Saleem dan penumpang hadapannya dikenali sebagai Ali Ghafar cedera di kepala dan mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang.

"Semua yang menaiki van adalah warga Pakistan dan pekerja sub Kontraktor yang membuat kerja pembersihan di lebuh raya.

"Pada waktu kejadian mereka dalam perjalanan balik setelah selesai bertugas," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Toyota Camry dan Honda Civic yang datang dari arah bertentangan turut terkena serpihan batu bata yang dibawa oleh lori berkenaan dan mengalami kerosakan namun pemandu dan penumpang tidak cedera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lori-positif-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.236334 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list