CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Johor] Bekalan kurang, harga sayur naik hingga 75 peratus

[Copy link]
Post time 16-5-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Kekurangan bekalan selain faktor cuaca mendorong harga beberapa jenis sayur meningkat. FOTO Ali Iqbal

Batu Pahat: Harga beberapa jenis sayur di sekitar daerah ini meningkat antara RM1 sehingga RM6 didorong kekurangan bekalan akibat cuaca panas sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan di beberapa pasar raya, kedai runcit serta Pasar Awam Batu Pahat mendapati kacang buncis, sawi dan serai mengalami peningkatan paling ketara masing-masing antara RM2.50 hingga RM3 bagi sekilogram.

Selain itu, turut mengalami peningkatan harga ialah cili merah dan kangkung. Manakala cili Thailand naik kepada RM18 berbanding RM14 sekilogram minggu lalu namun, peniaga tidak dimaklumkan punca kenaikannya.

Peniaga, Rohani Mat Zin, 53, berkata kenaikan harga sayur bermula selepas Aidilfitri namun ia tidaklah setinggi seperti yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

"Kalau sebelum ini, saya beli sawi harga RM4 sekilogram tapi sekarang naik kepada RM7 sekilogram. Serai pula daripada RM4 sekilogram sekarang menjadi RM6.50 sekilogram.

"Kangkung pula daripada RM3 naik kepada RM4 sekilogram, itu belum lagi cili merah/hijau daripada RM12 kini menjadi RM14 sekilogram.

"Tetapi, saya tidak tergamak untuk menaikkan harga jualan sebaliknya, saya terus mengekalkannya dengan mengecilkan saiz," katanya yang menjual sayur dengan harga RM2 seikat.

Seorang lagi peniaga, Rosli Hussin, 62, berkata pemborong memberitahu kenaikan harga tidak dapat dielakkan disebabkan faktor cuaca.

"Saya memahami keadaan ketika ini sama juga seperti banjir baru-baru ini. Namun, saya tiada pilihan malah terpaksa membelinya walaupun mahal," katanya.

Katanya walaupun naik harga, dia tetap menjualnya kerana tidak mahu pelanggan 'lari'.

"Saya ada pelanggan tetap, kadang-kadang mereka datang membeli pelbagai jenis sayur. Sawi antara sayur paling dicari ketika ini.

"Apa yang merisaukan ialah saya tidak tahu bila harga sayuran kembali normal. Bagi kami, jika beli harga terlalu mahal, banyak risiko terpaksa dihadapi," katanya yang berniaga lebih 10 tahun lalu.

Bagi Melah Yaakob, 53, dia mengambil keputusan untuk tidak menjual sayur terutama sawi kerana tidak mahu mengambil risiko.

"Dalam keadaan jumlah pengunjung semakin berkurangan, saya rasa pilihan terbaik ialah untuk tidak menjualnya. Jika harga kembali normal, saya akan mula menjual kembali seperti hari kebiasaan.

"Kadang-kadang apabila saya menjual harga lebih sedikit daripada kebiasaan, pelanggan tidak mahu membelinya. Mereka akan mencari sayur lain lebih murah sebagai ganti," katanya.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati terdapat beberapa jenis sayuran lain yang mana harganya tidak berubah atau menurun seperti tomato, kacang panjang, timun, bayam dan lobak merah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-hingga-75-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.380112 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list