CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Kelantan] Gempur premis jual kenderaan terpakai pada warga asing

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Misuari Abdullah. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Sebanyak 10 premis di Kelantan dikesan menjual kenderaan terpakai kepada warga asing yang berisiko menyalahi undang-undang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berkata, premis itu dikesan selepas didapati mempunyai transaksi jual beli antara rakyat tempatan dan warga asing termasuk dalam urusan sewa atau pinjaman

"Kita juga pernah menerima kes pembelian daripada seorang etnik Rohingya yang membeli motosikal secara tunai hasil perkongsian wang bersama abangnya yang bekerja di Australia.

"Kita sedang kenal pasti apa kaedah untuk diambil bagi mengelakkan jual beli kenderaan terpakai kepada warga asing ini berleluasa," katanya ditemui pada Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Aidilfitri di pejabat JPJ negeri di sini.

Pada majlis itu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media, badan bukan kerajaan (NGO), agensi berkaitan serta kakitangan JPJ.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Misuari berkata, sebanyak 24 kes pemilikan dan pemanduan kenderaan oleh warga asing dibawa ke mahkamah merekodkan pengakuan bersalah, manakala dua kes tidak hadir dan dikeluarkan waran tangkap.

Menurutnya lagi, pemandu dan pemilik kenderaan dijatuhkan hukuman denda dan jumlah denda yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak RM85,000.

"Tindakan mengikut pindaan baharu iaitu Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda RM4,000 kepada pemandu, manakala RM1,800 kepada pemilik kenderaan," katanya.

Menurutnya, majoriti warga asing yang memandu kenderaan di negeri ini adalah etnik Rohingya yang dianggar berusia antara 18 hingga 60 tahun.

"Kita sudah kenal pasti beberapa lokasi yang menjadi tumpuan etnik itu di sekitar Kota Bharu iaitu Ketereh serta Kok Lanas dan akan menjalankan operasi pada bila-bila masa dari sekarang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-pada-warga-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.076674 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list