View: 205|Reply: 0
|
[Johor]
'Adik saya kritikal, mohon orang ramai kongsi rakaman 'dashcam'
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD Faiz disyaki mangsa langgar lari ketika diberi rawatan awal. FOTO Ali Iqbal
Muar: "Saya merayu pada sesiapa yang ada rakaman video 'dashcam' (papan pemuka kenderaan) supaya berhubung dengan kami. Adik saya dalam kritikal sekarang selepas dilanggar sebuah kenderaan disyaki kereta," kata Muhammad Firdaus Ayub, 25, abang kepada Muhammad Faiz.
Muhammad Faiz, 21, dipercayai mangsa langgar lari, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar selepas motosikalnya disyaki dirempuh sebuah kereta di Jalan Muar-Pagoh, Bukit Pasir, petang semalam.
Bagaimanapun, menurut Muhammad Firdaus, pemandu yang didakwa melanggar adiknya dikatakan 'lesap' dan belum dapat dikesan sehingga kini.
"Kami amat memerlukan kamera dashcam kerana seorang ada saksi memberitahu dia ternampak Perodua Myvi ungu merempuh adik saya tetapi tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kenderaan itu.
"Keadaan adik saya amat membimbangkan, dia masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan muka," katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu, pada jam 12 tengah malam tadi.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari arah Paya Panjang menghala ke pekan Bukit Pasir.
"Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang terbabas ke kiri jalan. Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di dada dan kaki sebelum dibawa ke hospital.
"Kejadian kemalangan ini kemudiannya ditularkan di Facebook. Berdasarkan maklumat disiarkan pemilik akaun FB, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi ungu dengan motosikal mangsa," katanya.
Katanya, polis menjalankan siasatan terhadap maklumat tular terbabit dengan menghubungi pemilik akaun FB berkenaan.
"Bagaimanapun, polis mendapati, maklumat disebarkan itu diterima daripada seorang penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian pada masa itu.
"Polis belum menghubungi saksi kejadian seperti didakwa dan memintanya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
"Polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gsi-rakaman-dashcam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|