CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Terengganu] Fenomena cuaca panas, Terengganu sedia lebih satu juta liter bekalan air sehari

[Copy link]
Post time 17-5-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode




KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak berdepan masalah gangguan bekalan air sepanjang fenomena musim panas yang dijangka berlarutan sehingga Ogos depan.


Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Abdul Karim Endut, berkata pihaknya berupaya mengeluarkan sebanyak 1.041 juta litter air seharidan bekalan air bersih diproses di 15 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negeri.


Katanya, kajian mendapati seorang penduduk di negeri ini menggunakan air sebanyak 260 liter setiap hari.


"Secara keseluruhan, pengguna di negeri ini menggunakan air sebanyak 811 liter juta sehari,"


katanya kepada media selepas melawat dan memantau proses bekalan air LRA di Kepong Dua dan melawat muka sauk di Kampung Pulau Musang, di sini, hari ini.


Abdul Karim berkata, SATU memberi jaminan bekalan air di negeri ini tidak terjejas walaupun negara sedang mengalami cuaca panas berikutan fenomena El-Nino.


Bagaimanapun, Abdul Karim berkata, SATU tidak menolak kemungkinan akan berlaku gangguan bekalan air, tetapi bukan disebabkan kekeringan sungai yang menyumbang kepada bekalan.


Sebaliknya, katanya, gangguan bekalan air berlaku disebabkan beberapa faktor terutama paip pecah selain kerja-kerja penyelenggaraan di LRA.


"Jika berlaku kekurangan punca air, kita akan mendapat bekalan tambahan air daripada empangan di Kenyir.


"Kita sentiasa berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyelaras empangan kenyir, jika berlaku kekurangan punca air, termasuk sungai kering, pihak berkenaan akan melepaskan air daripada empangan," katanya.


Ketika mengulas mengenai berlaku masalah bekalan air masin dan payau, Abdul Karim berkata, kebiasaannya TNB akan melepaskan air daripada empangan Kenyir ke sungai bagi memastikan pengguna menerima bekalan air mentah bersih.


Bagi menyelesaikan masalah pengguna menerima bekalan air masin dan payau, beliau berkata, pihaknya tetap akan menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna walaupun kerja menyedut air di muka sauh ditutup.





Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Abdul Karim Endut (kiri) ketika memantau di Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Musang dan Kepong. NSTP/Ghazali Kori



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.091838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list