View: 190|Reply: 0
|
[Johor]
Tok Batin takut hilang jawatan, tak lapor polis diugut
[Copy link]
|
|
DOLAH Tekoi (kiri) menyerahkan memorandum bantahan tanah Rezab Orang Asli yang dijadikan Tanah Kesultanan kepada wakil Setiausaha Sulit II kepada Menteri Besar Johor, Mohamad Iskandar Omar di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di Kota Iskandar pada 8 Mei lalu. FOTO Arkib NSTP
Johor Bahru: Tiada laporan polis dibuat mana-mana Tok Batin Orang Asli yang mendakwa pernah diugut hilang jawatan sekiranya membantah cadangan kerajaan negeriTanah Kesultanan.
Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ), Dolah Tekoi berkata, perkara itu dipercayai kerana Tok Batin sayang atau takut hilang jawatan.
"Ugutan ini bukanlah jelas disebut, tetapi reaksi pegawai (agensi berkaitan) biasanya yang bercakap (dengan Tok Batin) memberi gambaran atau bayangan bahawa Tok Batin tidak boleh membantah dan jika bantah, mereka akan hilang jawatan.
"Memang tiada laporan (laporan polis dibuat) kerana reaksi (pegawai) bukan berbentuk arahan rasmi tetapi Tok Batin terbabit hanya berdiam diri kerana merasakan mereka berkhidmat untuk masyarakat bukan untuk agensi berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dolah berkata, pihaknya hanya memaklumkan kepada Tok Batin supaya membuat laporan sekiranya menerima ugutan, namun tidak memaksa mereka.
"Kami tidak mahu paksa Tok Batin untuk berjuang, jadi kita hanya suarakan saja. Biasanya mereka memang akan takut hilang jawatan kalau bersuara," katanya.
Menurut Dolah, pihaknya masih berharap kerajaan negeri mempelawa JPOAJ berbincang dan menjelaskan mengapa mereka membantah isu Tanah Kesultanan itu.
"Kita juga berharap supaya semua pemimpin Orang Asli diberi kebebasan untuk bercakap sebagai suara rakyat tanpa ada kawalan agensi kerajaan," katanya.
Pada 8 Mei lalu, lebih 200 Orang Asli negeri ini berhimpun dan berarak secara aman di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, yang menempatkan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bagi membantah cadangan berkenaan.
Semalam media melaporkan JPOAJ kecewa kerana tidak menerima sebarang maklum balas kerajaan negeri walaupun memorandum bantahan Tanah Kesultanan sudah diserahkan sejak 8 Mei lalu.
Sebaliknya, Dolah mendakwa Tok Batin yang membantah cadangan kerajaan Johor mengklasifikasikan semula semua penempatan dan tanah rizab Orang Asli negeri ini sebagai Tanah Kesultanan, pula diugut akan dilucut jawatan mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lapor-polis-diugut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|