View: 198|Reply: 0
|
[Johor]
Lelaki dipenjara sehari, denda RM10,000 memandu ketika mabuk
[Copy link]
|
|
BERNADUS Thomas dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk. FOTO Ali Iqbal
Batu Pahat: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Puteri, di sini, Mac lalu.
Majistret Siti Zubaidah Mahat menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira pengakuan tertuduh, Bernadus Thomas, 56, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda serta hilang kelayakan mendapat atau memegang lesen selama dua tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ketika itu memandu kereta ditahan di Jalan Puteri, Bukit Pasir, di sini pada jam 12.35 tengah malam, 21 Mac lalu.
Dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 133 mg/100 ml iaitu melebihi 83 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 50 mg/100 ml.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020).
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM30,000 serta hilang kelayakan untuk mendapat atau memegang lesen selama dua tahun dari tarikh sebutan kes.
Terdahulu, tertuduh diwakili Tan Song Yan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandang dia tidak berpendapatan tetap serta sudah insaf dengan perbuatannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzati Rozman meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan serta pengajaran kepadanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emandu-ketika-mabuk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|