CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Pahang] Pensyarah rugi RM2.57 juta angkara Macau Scam

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Pensyarah wanita sebuah universiti kerugian RM2.57 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, mangsa berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans pada 22 Januari lalu.

Katanya, mangsa dikatakan terbabit dengan tuntutan insurans palsu dan pengubahan wang haram.

"Berikutan itu, mangsa diminta membuka dua akaun bank untuk akaun siasatan sementara dan diarah memindahkan wang daripada akaunnya ke akaun yang dibuka.

"Pada masa sama, suspek meminta mangsa untuk memberi maklumat perbankan miliknya berserta gambar kad mesin juruwang automatik (ATM) dan kata laluan.

"Mangsa mula berasa ditipu selepas gagal menghubungi suspek dan wang yang dipindahkan sebanyak RM2,576,781 ke akaun sementara tidak diperolehi.

"Hasil siasatan mendapati wang terbabit adalah milik mangsa daripada wang simpanan dan pinjaman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes terbabit, beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angkara-macau-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051654 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list