CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Johor] Polis kumpul lagi bukti, lengkapkan kertas siasatan

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUL Zaman pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Polis Johor dalam proses melengkapkan kertas siasatan terhadap pengasuh sebuah taska swasta yang disyaki mengasari dua bayi di Mutiara Rini, Skudai di sini, sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwa raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, reman terhadap wanita berusia 21 tahun itu juga akan disambung memandangkan tempoh reman empat hari yang dibenarkan sebelum ini tamat esok.

"Kita akan sambung reman memandangkan reman akan tamat masa terdekat (esok). Siasatan masih lagi dijalankan dan kita akan lengkapkan kertas siasatan untuk dapatkan beberapa bukti lagi.

"Apabila selesai siasatan termasuk laporan perubatan (terima), kita akan bawa kertas siasatan ke pihak pendakwa raya untuk mendapatkan nasihat lanjut," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini, hari ini.

Berangkat ke majlis itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dua anakandanya, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Pada masa sama, ketika ditanya mengenai dakwaan video dera yang tersebar di media sosial itu adalah video lama, beliau berkata polis masih mengkaji video berkenaan.

"Pasal itu (video lama), kita akan siasat dulu dan akan kaji bila video (kejadian) itu. Lihat pada penyebarannya macam benda baharu. Bagaimanapun, kita akan teliti lagi," katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan polis baharu dibuat oleh mana-mana ibu bapa berhubung kes dera sama ada membabitkan suspek yang sama atau sebaliknya.

"Buat masa ini tiada (laporan polis baharu), tetapi akhir-akhir ini kita dapati memang ada beberapa kejadian (dera) yang berlaku, tetapi yang ada laporan polis, kita sudah siasat," jelasnya.

Isnin lalu, tular di media sosial dua video berdurasi 48 saat dan 39 saat memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi.

Pengasuh taska swasta yang ditahan kira-kira jam 2 pagi kelmarin kemudian ditahan reman empat hari sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-kertas-siasatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.347172 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list