CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Johor] OKU mengaku salah tembak polis, miliki dadah dan senjata api

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Firdaus mengaku salah atas tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majisteret Kota Tinggi. FOTO Omar Ahmad

Kota Tinggi: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan pelbagai kesalahan termasuk memiliki senjata api, dadah dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Tertuduh, Muhamad Firdaus Paiman, 35 yang kudung kaki kiri membuat pengakuan itu, selepas empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki pistol jenis Beretta Gardone VT dan selaras senapang patah buatan sendiri dengan menyalahi undang-undang dalam sebuah kereta di tepi Masjid Al Ikhwan Gugusan Adela di sini, pada kira-kira jam 1 pagi pada 10 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum maksimum 14 tahun serta sebatan maksimum enam kali.

Pertuduhan kedua, Muhamad Firdaus didakwa memiliki tiga butir peluru jenis Kartus 12 Bore dan empat butir peluru jenis 9 milimeter (mm) tanpa lesen senjata.

Pertuduhan ketiga, bapa tunggal itu turut didakwa memiliki selaras senapang angin buatan sendiri tanpa lesen senjata pada 10 Mei 2023 kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah rumah dekat Felda Tunggal.

Pertuduhan keempat pula, lelaki berkenaan turut didakwa memiliki satu butir peluru jenis Kartus 12 Bore tanpa lesen senjata. Bagi pertuduhan pertama, kedua dan keempat lokasi, tarikh dan waktu adalah sama.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dimana boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sazlina menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan semula kes dan keputusan penghakiman sementara menunggu laporan kimia.

Sementara itu, Muhamad Firdaus juga mengaku bersalah atas tiga pertuduhan lain di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bagi menghalang penangkapannya di bulatan Lotus Desaru Bandar Penawar, Pengerang kira-kira jam 3.35 petang pada 7 Jun 2016.

Bagi pendakwaan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 0.44 gram di tepi jalan Masjid Jamek Al Ikhwan Gugusan Felda Adela di sini kira-kira jam 1 pagi pada 10 Mei lalu.

Pertuduhan ketiga, tertuduh turut didakwa memiliki dadah jenis Kanabis seberat 0.90 gram di lokasi dan masa yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Khairuddin Khalid.

Rashidah kemudian menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes berkenaan dan memindahkan kes tersebut di Mahkamah Majistret Pengerang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dah-dan-senjata-api

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.467739 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list