CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Johor] 'Siapa terbangkan dron di kawasan istana?'

[Copy link]
Post time 18-5-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Johor Bahru: Polis Johor sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menerbangkan dron di kawasan istana di negeri ini, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang, 10 Mei lalu.

Beliau berkata, sejurus laporan diterima, pihaknya memanggil Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman bagi mengambil tindakan lanjut.

"Ada beberapa percubaan dron diterbangkan dan pihak polis sedang mengesan mereka.

"Individu itu menerbangkan dron ke kawasan larangan termasuk di Istana Johor, jadi kita telah memanggil Unit Dron untuk buat pemantauan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini, hari ini.

Berangkat ke majlis itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dua anakandanya, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Pada masa sama, Kamarul Zaman memberi amaran kepada pengguna dron supaya mematuhi peraturan yang tidak membolehkan dron diterbangkan di kawasan larangan yang telah digariskan dalam undang-undang seperti lapangan terbang, kawasan istana dan kawasan keselamatan.

"Terbangkan dron pun tidak boleh melebihi 500 meter, itu syaratnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-di-kawasan-istana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.757244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list