View: 212|Reply: 0
|
[Johor]
Harga gula tidak dinaikkan, bekalan mencukupi - Menteri
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Kerajaan memberi jaminan harga gula tidak akan dinaikkan dengan bekalannya akan kekal mencukupi di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kerajaan tidak bercadang menaikkan harga bahan mentah itu walaupun banyak berita palsu disebar kononnya harga gula akan dinaikkan dalam masa terdekat.
Katanya, tiga pertemuan juga sudah diadakan dengan dua pengilang gula terbesar negara iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM), dengan pertemuan terbaru diadakan semalam.
"Kita harap keresahan rakyat tentang isu bekalan dan harga gula dapat diredakan.
"Setakat perbincangan yang diadakan bersama pegawai tertinggi KPDN semalam dan dua pengilang gula terbesar negara, mereka (pengilang) memberi jaminan bekalan gula negara mencukupi di sebalik kenaikan harga gula dunia serta gas asli.
"Malah harga gula untuk rakyat juga terus akan kekal. Mekanisme bagaimana untuk kerajaan kekalkan harga gula akan dibincang dan diputuskan Kabinet.
"Oleh itu, KPDN ingin menafikan penularan poster harga gula baharu kononnya RM4.60, baru-baru ini sebagai palsu.
"Sekiranya pengilang ingin keluarkan produk baharu terutama membabitkan gula, ia mesti dapat kelulusan Kabinet dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pulai, di sini, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan isu kekurangan bekalan gula yang berlaku di Pantai Timur dan Kedah menyebabkan rakyat resah berikutan bimbang harga bahan mentah itu bakal dinaikkan.
Bagaimanapun, Salahuddin dilaporkan berkata bekalan gula di Pantai Timur telah pulih dan dikenal pasti berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Baru-baru ini pula, tular gambar kononnya harga baharu gula yang didakwa RM4.60.
Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), berkata orang ramai boleh membuat laporan sama ada kepada KPDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penularan poster kenaikan harga gula.
Katanya, ia bagi membolehkan KPDN dan PDRM membuat siasatan terhadap dalang yang menyebarkan poster selain mengganggu ketenteraman awam.
"Terpulang kepada pengguna jika nak lapor polis dan KPDN, kita akan siasat," katanya.
Salahuddin berkata, kerajaan amat serius dalam memastikan bekalan dan harga gula kekal di sebalik kenaikan harga gula dunia.
"Bukan setakat pertemuan bersama dua pengilang utama gula negara dibuat malah keduanya memberi jaminan mengenai bekalan gula mencukupi.
"Malah kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai empat kementerian membabitkan KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),
untuk menangani masalah kekurangan bekalan gula di seluruh negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-mencukupi-menteri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|