View: 281|Reply: 1
|
[Perak]
Mayat dalam tangki najis: Polis cari 6 warga Indonesia bantu siasatan
[Copy link]
|
|
Seri Iskandar: Polis sedang mengesan enam lagi individu warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat lelaki dalam tangki najis di sebuah kediaman di Kuala Kangsar pada 14 Mei lalu.
Terdahulu, sepasang suami isteri yang juga rakan serumah mangsa diburu oleh pihak polis selepas mereka dipercayai melarikan diri.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menemukan dokumen milik suspek dan sudah mengajukan hal ini kepada pihak kedutaan Indonesia.
"Setakat ini, kita sudah mengenal pasti terdapat lapan suspek. Kesemua mereka adalah pendatang dari Indonesia dan kita sedang menjejaki mereka bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Dua daripadanya adalah seperti yang diumumkan sebelum ini adalah sepasang suami isteri yang tinggal serumah dengan mangsa. Manakala enam lagi suspek baharu adalah tinggal di rumah sewa berhampiran kediaman mangsa.
"Pihak polis menemui dokumen pengenalan mereka seperti pasport dan kita akan bekerjasama dengan pihak kedutaan Indonesia bagi mengesan dan menjejaki mereka ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat ini.
"Apabila selesai siasatan, kita akan bawa kertas siasatan ke pihak pendakwa raya untuk mendapatkan nasihat lanjut," katanya ketika ditemui semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Polis Kontinjen Perak di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, dekat sini, malam tadi.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A'fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm21rayee_1684631057.jpg)
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenaan menyampaikan duit raya kepada anak anak yatim pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Polis Diraja Malaysia Kontijen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar. FOTO L.MANIMARAN
Ditanya mengenai kemungkinan suspek melarikan diri ke luar negara, Mohd Yusri berkata, perkara itu masih lagi dalam siasatan pihaknya.
"Kita juga sudah minta bantuan Jabatan Imigresen di pintu keluar masuk di seluruh negara untuk kita mengesan kesemua lapan suspek.
"Jadi berilah masa kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan ini," katanya.
Pada 14 Mei lalu, media melaporkan penemuan mayat lelaki warga Indonesia dalam tangki najis dengan berkain sarung dan berseluar dalam tanpa baju di tangki najis sebuah kediaman di Kuala Kangsar.
Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada 15 Mei lalu mendapati mangsa yang berusia 40-an mati disebabkan kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul.
Susulan itu, polis memburu sepasang suami isteri yang juga rakan serumah mangsa selepas mereka dipercayai melarikan diri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esia-bantu-siasatan |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|