|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhjpj22_1684725586.jpg)
FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida dengan nilai RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000). - Foto FB JPJ
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan hasil bidaan secara dalam talian paling tinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan siri FF, membabitkan nilai keseluruhan RM34.3 juta.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fok, berkata proses bidaan antara 14 hingga 19 Mei lalu, turut merekodkan penyertaan paling ramai membabitkan 34,032 orang dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
Beliau berkata, FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida dengan nilai RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).
Selain itu, katanya, lima nombor pendaftaran paling diminati ialah FF199 yang dibida 34 orang, manakala FF51 (32 pembida), diikuti FF155, FF555 dan FF168 yang masing-masing dibida 29 individu.
"Siri FF amat diminati kerana trend yang dikenal pasti ialah orang ramai sangat meminati (nombor pendaftaran) yang abjadnya sama. Malah, siri FF ini amat diminati pemilik kenderaan Ferrari.
"Proses bidaan yang sepatutnya ditutup pada 18 Mei lalu juga terpaksa dipanjangkan selama 24 jam kerana terlalu ramai yang menaikkan jumlah bidaan pada saat akhir dengan keadaan itu menyebabkan sistem JPJeBid tergendala seketika," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tertinggi-rm950000 |
|