CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Johor] JIM siasat dakwaan pasangan Singapura tak dibenar masuk Malaysia kerana pertikai tindakan pegawainya

[Copy link]
Post time 23-5-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Notis Penolakan Masuk yang dikongsi warga Singapura itu di dalam media sosial.

Johor Bahru: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menyiasat dakwaan pasangan dari Singapura tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana mempertikai tindakan pegawainya.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir ketika dihubungi, hari ini, memaklumkan, isu itu dalam siasatan pihaknya.

Terdahulu, seorang lelaki warganegara Singapura mendakwa diberi notis larangan memasuki Malaysia selama enam bulan kerana mempersoalkan cara seorang pegawai Imigresen yang mengecop pasport mereka secara berselang muka surat.

Berkongsi pengalamannya di di media sosial, lelaki itu berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya dalam perjalanan ke Johor Bahru dan melalui pemeriksaan di Link Kedua dekat Gelang Patah, kelmarin.

"Kami terperangkap di pusat pemeriksaan selama sejam kerana hanya ada dua kaunter yang dibuka. Setibanya di kaunter, pegawai itu menyuruh kami menanggalkan penutup pasport kami dengan nada yang tidak sopan.

"Saya kemudian menanggalkan penutup dan memberikannya kepadanya dan selepas dia mengesahkan butir-butir kami, dia terus mengecop pasport.

"Setelah menyemak pasport, saya mendapati pegawai itu sengaja meninggalkan halaman kosong pada pasport saya. Begitu juga pasport isteri saya, dia cop pada muka surat 27, sebelum menconteng di atasnya dan cop semula di muka surat 28 tanpa sebarang sebab," katanya.

Lelaki itu kemudian meletakkan motosikalnya dan mereka berjalan ke pejabat di mana dia bertanya kepada seorang pegawai lelaki mengenai bagaimana prosedur untuk membuat aduan terhadap pegawai terbabit di kaunter.

Katanya, pegawai itu mengarahkannya membuat aduan secara dalam talian tanpa menjelaskan bagaimana aduan perlu dibuat.

"Pegawai itu juga meninggikan suara dan menyuruh kami buat di luar pejabat. Mereka tidak perlu buat seperti itu.

"Selepas beberapa kali isteri saya bertanya kepadanya tentang cara melakukannya di laman web, dia berasa jengkel dan mengambil pasport kami daripada kami. Kami dibawa ke pejabat lain di aras 2 di mana kami telah diberikan surat 'Penolakan Masuk' oleh seorang 'Asisten Superintenden Rexsus.'

"Kami meminta penjelasan mengapa diberikan surat 'Penolakan Kemasukan' sedangkan mereka hanya ingin tahu sebabnya, dia tidak dapat memberi jawapan.

"Sebaliknya, dia meninggikan suaranya dan secara sinis memberi kami pilihan untuk diharamkan dari Malaysia sama ada 6 bulan atau 1 tahun. Selepas itu, dia memberitahu kami diharamkan selama 6 bulan daripada memasuki Malaysia tanpa sebab yang sah," tulisnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... suk-malaysia-kerana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.700602 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list