View: 228|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
'Terima kasih JPN, Yusri sudah boleh bersekolah'
[Copy link]
|
|
SABARIAH bersama Muhammad Yusri gembira menunjukkan Sijil Kelahiran Daftar Lewat yang diterima pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara di Taman Desa Permai. FOTO Azrul Edham
Port Dickson: "Syukur Alhamdulillah, proses mendapatkan dokumen kelahiran cucu saya dipermudahkan dan dia sudah boleh bersekolah," kata Sabariah Ahmad, 69.
Sabariah berkata, cucunya, Muhammad Yusri Othman, 8, menghadapi masalah kerana kelahirannya tidak didaftarkan dengan cara sah manakala ibu bapanya sudah meninggal dunia.
"Bapa kepada cucu saya adalah Othman Jaafar, 49, yang juga anak sulung saya baru saja meninggal dunia Ramadan lalu akibat sakit jantung manakala isterinya juga sudah meninggal dunia di Indonesia.
"Masalah timbul apabila cucu saya tidak mempunyai dokumen kelahiran yang sah dan dia tidak boleh bersekolah seperti kanak-kanak seusianya," ketika ditemui di rumahnya di Lukut, di sini.
Katanya, dia lega selepas permohonan mendapatkan dokumen kelahiran cucunya diluluskan malah ia disampaikan sendiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Zamri Misman.
"Permohonan ini saya dilakukan selepas anak meninggal dunia kepada JPN dan hari ini, cucu saya menerima dokumen ini.
"Selepas ini dia akan didaftarkan persekolahan dan perkara ini amat melegakan saya," kata nenek kepada 12 cucu itu.
Sabariah berkata, sijil kelahiran cucu sudah dapat dan dia akan segera memohon taraf kewarganegaraan selepas ini.
"Terima kasih kepada JPN yang memudahkan urusan ini dan selepas ini kami akan usaha bagi mendapatkan taraf kerakyatan pula," katanya.
Sementara itu, Zamri berkata, berdasarkan semakan JPN, Yusri dilahir dan dibesarkan di Puchong, Selangor manakala pernikahan arwah ibu dan bapanya pula difahamkan tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
Beliau berkata, sehubungan itu, JPN terus menghubungi waris arwah bapa Yusri untuk membantu kelahiran anak itu.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi yang ditemui, Panel Jawatankuasa Permohonan Daftar Lewat Kelahiran JPN bukan warga negara meluluskan permohonan keluarga ini.
"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya mendaftarkan setiap kelahiran yang berlaku dalam masa ditetapkan.
"Kegagalan mendaftarkan semula perkahwinan menyebabkan timbulnya isu ketika mendaftarkan kelahiran anak-anak kelak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-boleh-bersekolah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|