View: 321|Reply: 0
|
[Melaka]
Remaja 16 tahun panjat tangki air selepas dengar bisikan
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2023-05-23-at-3.48.33-PM.jpeg)
ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang remaja perempuan yang memanjat tangki air setinggi enam meter dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian di sebuah asrama kebajikan di Kampung Durian Daun Dalam, Melaka.
MELAKA: Suasana di sebuah asrama kebajikan di Kampung Durian Daun Dalam di sini bertukar cemas, selepas seorang remaja perempuan nekad memanjat tangki air setinggi enam meter dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu berjaya ditenangkan dan diselamatkan anggota bomba.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Khairudin Atan berkata, mangsa berusia 16 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas mendengar bisikan mengarahkannya berbuat demikian.
Jelasnya, salah seorang guru di situ memaklumkan, mangsa merupakan pelajar baharu di situ dan mengalami kemurungan sejak berpindah ke asrama berkenaan.
“Panggilan kecemasan diterima pukul 1.13 petang tadi dan sepasukan 13 anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama sebuah jentera.
“Guru asrama memaklumkan mangsa mengalami kemurungan melampau dan mendakwa terdengar bisikan-bisikan sebelum bertindak memanjat tangki air berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2023-05-23-at-3.48.53-PM-490x600.jpeg)
ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang remaja perempuan yang memanjat tangki air setinggi enam meter dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian di sebuah asrama kebajikan di Kampung Durian Daun Dalam, Melaka.
Tambah Khairudin, mangsa dibawa turun dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... pas-dengar-bisikan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|