CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Johor] Parti maksiat: JAINJ siasat ambil tindakan segera

[Copy link]
Post time 24-5-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) diarahkan mengambil tindakan segera ke atas satu penganjuran majlis berunsur maksiat yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kerajaan negeri mengecam penganjuran acara yang secara terang-terangan mengajak orang ramai melakukan maksiat.

"Jangan cuba berkelakuan dengan perangai buruk di Johor. Mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tak bermoral.

"Saya dah arahkan JAINJ siasat dan ambil tindakan segera.

"Saya bagi amaran! Demi Allah, saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor," katanya dalam kenyataan di hantaran Facebooknya, petang semalam.

Mohd Fared membuat kenyataan itu susulan penyebaran kad jemputan penganjuran acara diberi nama 'Gang Bang JB Party' yang dijadualkan berlangsung antara 4 petang hingga 9 malam, 20 Jun depan.

Pada masa sama, Mohd Fared memohon kerjasama orang ramai untuk mencegah dan menghalang kegiatan tidak bermoral itu.

"Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini. Sebarkan!!," tegasnya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bil-tindakan-segera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.773827 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list