CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita muat naik gambar tatu kalimah Allah ditahan

[Copy link]
Post time 24-5-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan ditahan selepas didapati memuat naik gambar menunjukkan tatu kalimah Allah di badan seorang wanita lain di Facebook, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita yang juga pengendali serta pemilik akaun Facebook @bunga Matahari berusia 46 tahun itu ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor.

"Kami turut merampas sebuah telefon bimnit berserta satu kad sim dalam serbuan itu.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mei nanti untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja di mana-mana platform media sosial sehingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... limah-allah-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list