CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Aktiviti perlombongan haram nadir bumi dikesan di Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN Harun (kiri) ke lokasi penemuan aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah petang tadi. Foto Ihsan Pejabat MB.

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mengesan aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi di Kampung Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah, dekat sini, pada 16 Mei lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Aminunddin Harun, berkata pengesanan itu diperoleh melalui aduan yang diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Katanya, susulan itu, siasatan bersepadu dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan serta Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

"Hasil siasatan mendapati wujud aktiviti perlombongan dengan menggunakan peralatan yang menjurus kepada perlombongan nadir bumi di atas dua lot tanah.

"Berdasarkan pemerhatian secara kasar, kaedah perlombongan yang dijalankan menggunakan proses larut resap in-situ (in-situ leaching) iaitu kaedah perlombongan yang tidak memerlukan pembukaan kawasan yang besar untuk kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah tetapi banyak menggunakan proses kimia.

"Melalui proses berkenaan juga, cecair bahan kimia iaitu amonium sulfat digunakan untuk melarut resap dan mengekstrak nadir bumi dari dalam tanah melalui lubang yang digerudi dan disalurkan ke kolam tadahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Aminuddin berkata, beberapa sampel diambil oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka untuk dibuat analisis makmal.

Beliau berkata, tindakan rampasan ke atas guni yang mengandungi bahan disyaki berkaitan dengan aktiviti perlombongan nadir bumi serta jentera yang digunakan.

"Kawasan terbabit juga disita untuk menghalang kerja perlombongan serta mengelakkan pencerobohan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan bersama-sama agensi berkaitan," katanya.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri mengesyaki bahawa kegiatan perlombongan haram ini dibuat secara skala besar dan satu tindakan penguatkuasaan bersepadu akan diambil.

Menurutnya, pihaknya memandang serius penemuan berkenaan dan akan memastikan pihak terbabit dikenakan tindakan yang setimpal berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

"Selain itu, kerajaan negeri menggesa semua pihak untuk menyalurkan maklumat dan aduan kepada Pejabat Daerah dan Tanah serta Pejabat Pengarah Tanah dan GalianNegeri Sembilan sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan berkaitan perlombongan haram bagi mengurangkan ketirisan hasil negeri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esan-di-kuala-pilah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.348820 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list