CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket tawar khidmat seks songsang kena gempur

[Copy link]
Post time 27-5-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Salah seorang tukang urut yang ditahan kerana disyaki menawarkan khidmat seks songsang. -Foto ihsan JIM



PUTRAJAYA – Taktik satu sindiket menawarkan perkhidmatan urut dengan harga antara RM200 hingga RM300 sejam serta khidmat seks songsang tumpas apabila diserbu Jabatan Imigresen (JIM) di ibu negara pada 23 Mei lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam serbuan itu seramai enam orang lelaki warga asing bekerja sebagai tukang urut dan penjaga premis ditahan selepas menyerbu sebuah premis dua tingkat.

“Selain khidmat urutan kepada lelaki, mereka juga menyediakan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan.

“Warga asing ditahan terdiri daripada lima orang lelaki warganegara Indonesia selain seorang lelaki warganegara Myanmar yang berusia antara 26 hingga 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, lelaki Indonesia yang merupakan penjaga premis itu turut dikenali sebagai Daddy’ kepada semua tukang urut bertugas.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan ada yang menyalahgunakan pas.

“Sindiket itu beroperasi di premis perniagaan dua tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai pusat urut dan tingkat dua sebagai tempat tinggal.

“Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak tahun lalu dan modus operandi ialah mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di kumpulan WhatsApp dan Telegram.

“Pelanggan berminat akan menghubungi nombor telefon dinyatakan selain dikongsikan gambar seksi tukang urut bagi membuat pilihan tukang urut serta pakej khas urutan,” jelasnya.

Jelasnya, sindiket dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM650,000 hasil daripada perkhidmatan urut dan seks songsang.

Kesemua warga asing ditahan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya.

Siasatan dibuat kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... ngsang-kena-gempur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.112283 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list