View: 266|Reply: 1
|
[Johor]
Kecewa dua bulan tak dibayar gaji
[Copy link]
|
|
USAHA menyelamat dan pemantauan oleh pihak bomba dan penyelamat serta polis terhadap seorang wanita warga tempatan yang cuba bunuh diri. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Seorang wanita yang dilihat mahir berenang diselamatkan anggota bomba ketika dipercayai cuba untuk membunuh diri di Sungai Bandar Segamat petang semalam.
Terdahulu, pada kenyataan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan cubaan itu sebelum bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 7 petang.
Untuk rekod, tindakan wanita terbabit menarik kehadiran orang ramai sejak jam 6 petang.
"Tiba di lokasi, kami dapati wanita terbabit sedang berenang-renang.
"Berdasarkan maklumat awal di lokasi, wanita itu mendakwa kecewa kerana sudah dua bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya," katanya.
Menurut beliau, pihaknya turut membawa jaket keselamatan untuk diberikan kepada wanita berusia 30-an terbabit, sebagai langkah keselamatan, bagi mengelak dia daripada lemas.
"Kami memujuknya untuk keluar daripada sungai namun gagal," katanya.
Menurutnya, usaha memujuk diteruskan namun wanita itu tetap tidak berganjak dan berada lebih sejam di dalam sungai.
"Sepanjang tempoh itu, wanita terbabit yang kelihatan mahir berenang di sekitar permukaan sungai turut memantau pergerakan kami," katanya.
Akhirnya, wanita dapat dipujuk sebelum dibawa ke tebing. Dia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-tak-dibayar-gaji |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudah segala urusan saudari ini ya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|