CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Johor] Kapal pengangkut China curi bangkai kapal perang lama British

[Copy link]
Post time 31-5-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Kota Tinggi: Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemukan lebih kurang 100 peluru dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China yang ditahan Zon Maritim Tanjung Sedili pada 28 Mei lalu.

Penemuan itu membongkar aktiviti curi bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang yang disyaki dilakukan kapal pengangkut terbabit.

Kapal terbabit ditahan Maritim Malaysia kelmarin, di kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang di sini, kerana bersauh tanpa kebenaran pada jam 12.45 tengahari.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penemuan butir peluru itu oleh Maritim Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Laut Malaysia.

Katanya ia dilakukan ekoran penemuan peluru meriam di atas kapal terbabit yang disyaki berasal daripada peluru zaman perang dunia kedua.

"Operasi yang bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang tadi, membabitkan dua aset Maritim Malaysia bersama 15 pegawai dan anggota, 12 anggota unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, tujuh anggota dari Jabatan Warisan Negara dan seorang anggota Jabatan Laut Malaysia.

"Maritim Malaysia tidak menolak kemungkinan kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China ini terbabit dalam aktiviti pencurian bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.



TERDAPAT lebih kurang 100 peluru ditemukan dalam kapal pengangkut China yang ditahan Maritim Malaysia, kelmarin. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA

Jelas Nurul Hizam, kesemua peluru pelbagai saiz yang ditemui diambil dan dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan.

"Laporan lanjut berkaitan penemuan ini akan dikeluarkan oleh pihak PDRM,"katanya.

Kelmarin, Maritim Malaysia menahan sebuah kapal pengangkut dari China, yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun dipercayai zaman Perang Dunia Kedua.

Nurul Hizam dalam kenyataan semalam memaklumkan, kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa bot ronda APMM yang sedang melaksanakan operasi rutin di perairan Johor timur.

"Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan berusia antara 23 hingga 57 tahun.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ama-british-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.691297 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list