View: 267|Reply: 0
|
[Johor]
Lambakan sebabkan harga durian jatuh
[Copy link]
|
|
PENIAGA Nasir Majnon menunjukkan pelbagai jenis durian dijual di Taman Makmur, Batu Pahat. FOTO Ali Iqbal
Batu Pahat: Lambakan durian pada musim kali ini menyebabkan harga raja buah itu termasuk jenis Musang King dan IOI jatuh berbanding tahun sebelumnya.
Musang King kini dijual RM20 hingga RM35 sekilogram berbanding RM40 hingga RM45 tahun lalu, manakala IOI dijual pada harga RM15 hingga RM18 berbanding RM25 hingga RM35 sekilogram musim lalu.
Peniaga durian di Muar, Mohd Faris Idris, 36, berkata perniagaannya musim ini agak mencabar memandangkan harga tidak boleh tinggi disebabkan permintaan kurang.
"Untung tak banyak. Tahun lalu banyak tempahan diterima dan saya dimaklumkan kilang sudah tidak lagi membeli Musang King atau IOI untuk buat aiskrim kerana kebanyakan sudah tidak beroperasi," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi peniaga, Muhammad Ali Rasidi Ibrahim, 39, berkata dia menurunkan sedikit harga kerana sambutan kurang menggalakkan.
"Minggu lalu, saya jual durian kacukan RM15 sekilogram tapi sambutan agak perlahan. Saya kemudian turunkan harga kepada RM12 sekilogram, tapi Alhamdulillah mula dapat sambutan.
"Sekarang harga durian bergantung kepada keadaan pasaran dan ketika ini kita tidak boleh letak harga terlalu tinggi yang menyebabkan kurang dapat sambutan," katanya yang berniaga di Peserai, di sini.
Sementara itu, Nasir Majnon, 41, pula berkata pasaran ketika ini berlaku turun naik harga untuk semua jenis durian.
"Musang King kami jual antara RM30 hingga RM40, IOI (RM15 hingga RM25) dan durian kampung RM10. Hari ini mungkin harga tak sama dengan esok atau lusa.
"Apa yang saya perhatikan, durian kali ini luruh serentak terutama di Batu Pahat dan Muar dan juga Pahang. Dulu kita boleh ambil durian dari Pahang jika di Batu Pahat belum tiba musim luruh.
"Sekarang luruh serentak jadi pasaran durian tidak meluas. Pahang tak boleh ambil di Batu Pahat, begitulah juga sebaliknya kerana masing-masing ada lambakan buah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -harga-durian-jatuh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|