CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Johor] Di mana Seher dan Meher?

[Copy link]
Post time 3-6-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

AAKASH menunjukkan gambar anak sulung, Seher Ismail dan Meher Ismail yang menghilangkan diri sejak 24 Mei 2023. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Dua anak gadis saya masih belum biasa hidup di sini dan tindakan mereka menghilangkan diri sejak 10 hari lalu menimbulkan kebimbangan kami sekeluarga," kata seorang warga Pakistan, Aakash Sultan Parvez.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berusia 43 tahun berkata, anak sulung dan anak keduanya itu termasuk Seher Ismail, 16 dan Meher, 15, kali terakhir berbual di telefon pada 24 Mei lalu.

Katanya, dia ke Pakistan bagi berurusan perniagaan mulai 15 Mei lalu dan sebaik tiba, anak lelaki bongsunya, Ali, 12, memaklumkan mereka tiada di rumah.

"Dua anak saya itu tinggal bersama kami di Johor Mac lalu dan sebelum ini bersama keluarga kami di Pakistan.

"Mereka belajar di sebuah sekolah antara bangsa di Danga Bay dan kediaman kami juga lengkap dengan semua kemudahan di kawasan sama.

"Bagaimanapun sebelum kejadian saya menegur mereka kerana menghisap vape dan mungkin ia menjadi penyebab mereka keluar rumah," katanya.

Menurutnya, anak lelakinya memaklumkan anak gadisnya turut membawa bersama wang tunai USD400 (kira-kira RM1,800).

"Mereka juga membawa bersama barang kemas, komputer riba, tablet dan telefon bimbit yang bernilai keseluruhan RM30,000.

"Saya khuatir mereka mungkin terpengaruh dengan individu lain hingga membuat keputusan menghilangkan diri atau mahu hidup berdikari.

"Sehingga kini kami juga masih gagal menghubungi mereka yang sudah mematikan telefon bimbit. Orang ramai yang mempu maklumat boleh menghubungi talian 016-7288902," katanya ketika ditemui hari ini.

Keluarga berkenaan juga melaporkan kehilangan dua beradik itu di Balai Polis Larkin di sini pada 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan berkenaan.

"Kes masih dalam siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ana-seher-dan-meher
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.639450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list