CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Jodoh Galtier bersama PSG dijangka berakhir

[Copy link]
Post time 6-6-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode

GALTIER (dua dari kanan) ketika majlis penyampaian trofi sebagai juara Ligue 1, Sabtu lalu. FOTO AFP

Paris: Christophe Galtier tidak akan melatih Paris Saint-Germain (PSG) musim depan, kata sumber yang rapat dengan perbincangan itu kepada AFP, hari ini.

Pengendali berusia 56 tahun itu melalui musim sulung yang mengecewakan walaupun mengetuai kelab dari Paris itu memecahkan rekod dengan gelaran ke-11 Liga Perancis.

Ketika dihubungi AFP, peguamnya enggan mengulas, namun sumber mengesahkan laporan bahawa Galtier tidak akan disenaraikan buat musim kedua di ibu kota Perancis itu.

Ditanya mengenai perkara itu selepas perlawanan terakhir PSG musim ini yang berakhir dengan kekalahan 2-3 kepada Clermont, Sabtu lalu, Galtier berkata, dia akan berbincang dengan pengurusan kelab pada minggu ini.

"Selepas itu kita akan melihat keputusan akan diambil pengurusan," katanya sejurus selepas diejek sebahagian penyokong di Parc des Princes ketika pasukan meraikan gelaran dimenangi mereka.

Galtier terpaksa membayar harga yang mahal disebabkan kekecewaan pasukannya pada babak kedua musim.

Selepas permulaan yang bagus, PSG mengalami 10 kekalahan dalam semua kejohanan pada 2023 dan tersingkir di peringkat 16 terakhir dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sedangkan kejohanan itu menjadi sasaran utama mereka.

Galtier berulang kali menyalahkan Piala Dunia yang berlangsung pada pertengahan musim yang menyebabkan mereka hilang rentak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-dijangka-berakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.280544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list