View: 251|Reply: 0
|
[Johor]
'Ingatkan luka biasa rupanya jari kena potong'
[Copy link]
|
|
ABU BAKAR ketika menerima rawatan di sebuah klinik sebelum dirujuk ke HSNI, Batu Pahat. FOTO Ali Iqbal
Batu Pahat: "Mula-mula ingat luka biasa rupanya tulang terkeluar dan kena potong jari," kata Fathur Aysraf, 31, anak saudara kepada Abu Bakar, 61, yang hilang satu jari kaki selepas langgar lari, di Taman Banang, di sini, malam semalam.
"Tergamak dia (pemandu) meninggalkan pak cik saya dalam keadaan terbaring atas jalan, mujurlah ada pengguna jalan raya lain kebetulan melalui kawasan itu dan segera hulurkan bantuan," katanya
Fathur berkata kejadian berlaku pada jam 8.50 malam ketika Abu Bakar yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kurnia selepas menunaikan solat Isyak di surau Taman Banang, sebelum dirempuh sebuah kereta dipercayai kereta jenis Perodua Kancil.
"Selepas kemalangan itu, seorang pengguna jalan raya menghulurkan bantuan dan menghantar pak cik pulang ke rumah.
"Mula-mula ingat dia luka biasa, kami pun bawa ke sebuah klinik. Namun, kami dinasihatkan supaya merujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismal (HSNI).
"Bagaimanapun, semasa sedang mencuci luka di jari kaki pak cik, doktor ternampak tulang terkeluar dan meminta kebenaran untuk memotong jari itu," katanya ketika ditemui.
Justeru, Fathur berkata, ahli keluarganya sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran bagi mengenalpasti pelakunya.
Katanya, setakat ini belum ada pihak tampil mengakui melanggar bapa saudaranya memandangkan tiada pengguna jalan raya lain berada di lokasi ketika kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-jari-kena-potong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|