CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Pahang] Misi mustahil Mohd Zaki

[Copy link]
Post time 8-6-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Maran: Pemilik bengkel bercita-cita mahu melihat pesawat ringan dibinanya dapat terbang di udara dan dia sendiri mengendalikan penerbangan pesawat berkenaan apabila ia siap kelak.

Mohd Zaki Zahari, 58, bagaimanapun mengakui sedar bahawa impiannya itu hampir mustahil berikutan peraturan-peraturan berkaitan penerbangan di negara ini.

Namun bapa kepada tujuh anak terbabit berkata, dia tetap akan menyiapkan pesawat ringan jenis 'Seaplane' yang dibinanya sejak Mei tahun lalu kerana minat yang terlalu mendalam terhadap bidang aeroangkasa.

Mohd Zaki berkata, dia sanggup berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata mahu impiannya itu menjadi kenyataan malah kini sudah berbelanja kira-kira RM10,000.

"Saya anggarkan pesawat ini sudah hampir 70 peratus siap namun tidak dapat menjangkakan bila ia boleh disiapkan sepenuhnya kerana bergantung kepada keadaan kewangan," katanya ketika ditemui di bengkel di Kampung Senggora, di sini, petang semalam.

Katanya, idea membina pesawat ringan itu tercetus selepas hampir 34 tahun dia bergiat aktif dalam hobi bermain kapal terbang dan helikopter kawalan jauh (RC) malah sepanjang tempoh terbabit, sudah banyak model pesawat RC yang dibinanya menggunakan pelbagai bahan.

"Dari aspek teknikal, kapal terbang RC hampir sama dengan pesawat sebenar kerana kebanyakan model pesawat yang dibina menggunakan pelan pesawat sebenar dengan mengecilkan skala asal.

"Dari situ datang idea kenapa saya tidak membina satu pesawat dengan skala sebenar yang boleh diterbangkan dari dalam kokpit," katanya.

Mohd Zaki berkata, dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membina pesawat dengan skala sebenar namun terbantut berikutan faktor kewangan dan masa.

Menurutnya, pesawat sayap tetap (fixed-wing aircraft) yang dibinanya mempunyai ukuran panjang kira-kira enam meter, panjang sayap sembilan meter dan berat sekarang kurang daripada 200 kilogram.

"Saya menggunakan enjin kereta Volkswagen Beetle 1200 cc yang dinaik taraf menjadi 50 kuasa kuda dan dijangka pesawat ini mampu terbang dengan kelajuan lebih 60 knot atau 120 kilometer sejam.

"Sebahagian bahan yang digunakan adalah barangan terpakai namun saya terpaksa melabur untuk membeli bilah kipas kerana mengambil kira faktor keselamatan," katanya.

Selain itu katanya, pesawatnya itu turut dilengkapi dengan 'Inclinometer' dan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) untuk kawalan ketika penerbangan.

"Selain itu, saya sering bertukar fikiran dan meminta pandangan rakan-rakan terutama mereka yang berkongsi minat dan hobi yang sama.

"Walaupun mustahil untuk saya terbangkan pesawat ini disebabkan faktor undang-undang tetapi saya berharap hasil kerja saya ini dapat diiktiraf atau sekurang-kurangnya menjadi rujukan untuk pelajar dalam bidang kemahiran berkaitan aeroangkasa," katanya.



MOHD Zaki bergambar dengan pesawat ringan yang dibinanya. FOTO Khairulmizan Yahya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mustahil-mohd-zaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054666 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list