CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

[Johor] Lelaki ada 6 rekod jenayah, dadah ditahan pecah masuk tadika

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode

Kulai: Lelaki dengan rekod orang dikehendaki polis ditahan di hadapan kedai runcit di Jalan Utama Felda Bukit Ramun, Gugusan Felda Taib Andak di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman berkata, lelaki dengan enam rekod jenayah lampau sebelum ini dikesan dipercayai terbabit dalam satu kes pecah masuk sebuah tadika di Jalan Kenari, Bandar Putra di sini, pada 16 Ogos tahun lalu.

"Tadika berkenaan disedari dipecah masuk apabila seorang guru melihat kesan umpil pada pintu masuk.

"Pemeriksaan mendapati komputer riba dan projektor hilang. Mangsa membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk.

"Mangsa membuat laporan polis pada hari sama dan kerugian dianggarkan kira-kira RM2,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Yusof, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 7.30 malam tadi dan suspek mengaku melakukan pecah masuk tadika di kawasan Bandar Putra pada Ogos tahun lalu.

Katanya, pihak polis merampas dua komputer riba dan enam telefon bimbit pelbagai jenama.

"Siasatan akan dilakukan ke atas suspek dalam pembabitan dalam kes jenayah lain di Kulai. Pengecaman barang kes yang dirampas akan dilakukan mangsa.

"Suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah selain mempunyai rekod dikehendaki berkaitan kes 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 18 Jun depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pecah-masuk-tadika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.496646 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list