CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kilang simpan arak, rokok seludup RM7 juta

[Copy link]
Post time 13-6-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN dan rokok serta minuman keras yang dirampas polis dalam serbuan di kilang di Kawasan Industri Parit Tinggi, Kuala Pilah. FOTO Ihsan Polis.

Seremban: Polis merampas minuman keras dan rokok kretek seludup dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Industri Parit Tinggi, Kuala Pilah yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Lima lelaki warga tempatan berusia 20-an turut ditahan dalam serbuan itu yang berlangsung kira-kira 2 pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah selepas menerima maklumat mengenai kegiatan berkenaan.

"Pemeriksaan dalam kilang itu menjumpai rokok dan minuman keras pelbagai jenis yang dipercayai tidak bercukai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, ia membabitkan 1075 kotak besar rokok, 57 guni mengandungi rokok kretek, 3192 tin bir dan 278 botol arak.

"Turut dirampas adalah empat kenderaan iaitu kereta, van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori. Keseluruhan rampasan dianggarkan RM7 juta," katanya.

Katanya, suspek ditahan kini direman lima hari bermula hari ini hingga 17 Jun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ok-seludup-rm7-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.635274 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list