View: 270|Reply: 0
|
[Selangor]
Helikopter mendarat di Seksyen U11, polis rujuk kes pada CAAM
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar menunjukkan kanak-kanak meninggalkan helikopter yang mendarat di kawasan lapang Seksyen U11 dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat. FOTO ihsan polis
Shah Alam: Laporan berhubung helikopter yang mendarat di kawasan lapang Seksyen U11, di sini, hari ini, dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu susulan tular di media massa.
Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang pelajar sekolah dari sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Shah Alam.
"Helikopter itu mendarat kira-kira 15 minit sekitar jam 8 pagi di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11, di sini, hari ini.
"Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) kepada CAAM untuk tindakan lanjut," katanya.
Terdahulu, portal berita melaporkan seorang penduduk berkongsi video memaparkan sebuah helikopter berlepas dari kawasan lapang berhampiran kawasan perumahan di lokasi itu.
Terdapat juga gambar menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter itu dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rujuk-kes-pada-caam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|