CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Selangor] Tujuh warga Pakistan 'dikhianati' rakan senegara diselamatkan

[Copy link]
Post time 14-6-2023 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Dipukul dan dikerah bekerja secara paksa selepas dibawa masuk ke negara ini. Itu nasib malang menimpa tujuh pekerja warga Pakistan yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Lebih malang, mereka ditipu rakan senegara sendiri yang menjadi ejen pekerjaan bagi membawa mangsa ke Malaysia untuk dijadikan buruh paksa.

Bagaimanapun, mereka berjaya diselamatkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada jam 5.30 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang daripada mangsa berjaya melarikan diri rumah berkenaan, sebelum membuat laporan polis, pada hari sama.

"Mangsa, lelaki warga Pakistan berusia 23 tahun mendakwa dipukul empat rakan senegara yang juga ejen pekerjaan pada 8 jam malam, Ahad.

"Mangsa juga mendakwa pasportnya dirampas, selain, dipukul dan diugut tidak dibenarkan keluar dari rumah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, Mohd Azam berkata, pihaknya menyerbu rumah berkenaan dan menyelamatkan enam lagi mangsa berusia antara 21 hingga 24 tahun.

"Kami turut menahan empat warga Pakistan berusia antara 19 hingga 30 tahun disyaki terbabit dalam kes disiasat," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas 22 pasport Pakistan mangsa yang terbabit, lima beg pakaian, tiga telefon bimbit, serta batang penyapu yang dipercayai digunakan untuk pukul mangsa.

"Semakan terhadap semua suspek mendapati tiada rekod jenayah, manakala ujian air kencing juga negatif dadah," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 19 Jun ini.

Katanya, modus operandi suspek melakukan tipu daya warganegara asing bagi melakukan pekerjaan secara paksa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... negara-diselamatkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110895 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list