View: 233|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pelajar puas kutip dapat sampah setiap hari di pondok perhentian bas
[Copy link]
|
|
Y JOSHUA mengutip sampah sementara menunggu bas di perhentian bas di depan SMK Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Ringan tulang, itu perumpamaan sesuai buat pelajar tingkatan dua, Y Joshua, 14, yang mengisi masa lapang dengan mengutip sampah di pondok perhentian bas di depan sekolahnya.
Joshua berkata, dia bosan jika tidak melakukan apa-apa aktiviti sementara menunggu bas awam tiba.
"Setiap hari saya mengutip sampah yang bertaburan di dalam longkang dan sekitar stesen bas.
"Ia kepuasan buat saya kerana dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan pada masa sama, kawasan sekitar dapat dibersihkan," katanya ditemui.
"Saya suka melihat kawasan ini bersih. Walaupun ia kawasan awam namun ia tempat saya menunggu bas setiap hari untuk pulang ke rumah di Taman Sejahtera, Lukut.
"Peniaga berhampiran juga beri saya air atau makanan tetapi bukan itu tujuan saya, saya ikhlas mengutip sampah," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Joshua turut berharap orang ramai yang menunggu bas di lokasi berkenaan untuk membuang sampah di tong sampah yang disediakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndok-perhentian-bas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|