View: 287|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Tukang urut didakwa lakukan amang seksual terhadap wanita di ruang tamu
[Copy link]
|
|
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Kuala Pilah: Tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang wanita berusia 21 tahun pada 30 Mei lalu.
Tertuduh, Nor Muhamad Ahmad, 57, dari Kuala Klawang bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 10.30 malam bertempat di ruang tamu sebuah rumah di Taman Angsana, didapati melakukan amang seksual terhadap wanita itu.
Justeru, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama.
Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum tidak lebih 30 tahun selain sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 17 Julai ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu adalah kesalahan tidak boleh jamin.
Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anita-di-ruang-tamu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|