CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera Unesco

[Copy link]
Post time 15-6-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

TASIK Chini. FOTO Arkib NSTP.

Kuala Lumpur: Tasik Chini di Pahang berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia diputuskan mesyuarat the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis semalam.

Beliau berkata, mesyuarat itu mendapati semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR) dan syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan.

"Ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyifatkan keputusan itu sangat membanggakan kepada negara dan negeri Pahang, Nik Nazmi turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pahang atas pengiktirafan itu dan berharap pengurusan tapak berkenaan terus ditambah baik.

Menurut beliau, Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada 2009 dan di Malaysia terdapat dua lagi tapak rizab biosfera iaitu Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang yang masing-masing mendapat pengiktirafan pada 2014 dan 2021.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... zab-biosfera-unesco
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.401737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list