CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Ngeteh berjemaah' antara amalan penjawat awam sukar diubah

[Copy link]
Post time 15-6-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Budaya 'ngeteh berjemaah' berjam-jam antara amalan segelintir penjawat awam yang sukar diubah bersama-sama isu ponteng kerja, ghaib dan masuk lewat pulang awal walaupun sudah diberikan peringatan berkali-kali.

Pegawai Integriti di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farihah Mohd Fadullah Sahimi, berkata budaya 'ngeteh' memberi imej buruk kepada sesebuah organisasi terutama bagi kakitangan bertugas di perkhidmatan berurusan secara langsung dengan pelanggan.

Ia termasuk dalam isu isu integriti di tempat kerja terutama bagi penjawat awam sama ada dalam jabatan kerajaan atau badan berkanun yang sebenarnya sudah kerap dibincangkan.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman, pernah membangkitkan isu itu dengan menyebut kesalahan paling popular dilakukan penjawat awam adalah ponteng kerja atau tidak hadir bertugas.



Di samping itu, kelakuan tidak beretika paling digemari penjawat awam ialah mengetik kad perakam waktu orang lain yang mana kebiasaannya, amalan ini membabitkan situasi menang-menang antara penjawat awam berpakat.

Membantu mengetik kad perakam waktu rakan sepejabat mungkin dilihat sebagai 'tolong-menolong' sesama pekerja, namun ia kesalahan besar yang boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap pelaku.

https://www.bharian.com.my/berit ... t-awam-sukar-diubah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.042386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list