View: 180|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Terkejut polisi insuran kenderaan dibatalkan
[Copy link]
|
|
MICHAEL (kanan) bersama Kok (tengah) dan peguam James Ee menunjukkan salinan laporan polis. FOTO Fathil Asri
Kuala Lumpur: Seorang lelaki bingung selepas usaha membuat tuntutan insuran keretanya yang terbabit kemalangan gagal kerana polisi insurans kenderaannya itu sudah dibatalkan.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Kok, 58, berkata, pembatalan insuran itu dibuat ejen insuran dengan memalsukan tandatangannya.
"Saya membuat pembaharuan insuran dengan salah satu syarikat insurans terkemuka di UTC, Pudu pada 28 Oktober lalu bagi tempoh setahun bermula 19 November lalu sehingga 11 November 2023 dengan bayaran RM276.45.
"Pada 4 Mei lalu, saya terbabit dalam kemalangan di Jalan Cuepacs 3 di sini, dan selepas itu membuat laporan di Polis Trafik Kajang bagi tuntutan insurans, namun pihak bengkel memberitahu tidak dapat membuat tuntutan atas alasan ejen sudah membatalkan polisi insurans.
"Dokumen pembatalan polisi insurans kenderaan dipalsukan tanpa pengetahuan saya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat MCA, di sini, hari ini.
Kok berkata, dia sudah berhubung dengan ejen insurans terbabit bagi menyelesaikan masalah dihadapinya namun gagal.
"Ejen insuran secara sengaja memalsukan dokumen surat pembatalan insuran tanpa pengetahuan saya.
"Saya menerima surat dari pihak insuran bahawa saya menandatangani pembatalan polisi insuran itu sedangkan saya tidak pernah menandatanganinya," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima enam kes penipuan yang sama setakat ini.
Beliau berkata, mangsa yang terbabit dalam penipuan ini lazimnya membabitkan golongan berusia 50 tahun dan ke atas kerana mereka tidak mempunyai kefahaman berhubung penggunaan internet serta media sosial.
"Kami mahu pihak insurans memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan segera melakukan siasatan bagaimana kontrak polisi insurans pelanggan boleh dibatalkan tanpa pengetahuan tuan punya badan.
"Seperti yang kami sedia maklum, pemilik kereta itu menafikan bahawa pernah menandatangani sebarang surat pembatalan seperti yang tertera dalam kertas itu dan dia juga mengakui bahawa tandatangan itu bukan miliknya. Jadi penjelasan mengenai perkara ini perlu ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enderaan-dibatalkan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|