CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca panas, ribut punca bekalan ikan kurang, harga meningkat

[Copy link]
Post time 17-6-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Bachok: Cuaca panas dan ribut di laut menjadi punca bekalan ikan tempatan kurang sehingga menyebabkan harganya naik antara RM2 hingga RM4 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Tinjauan di Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat mendapati harga beberapa jenis ikan naik iaitu selayang dari RM10 ke RM12 sekilogram, diikuti kembung (RM14 kepada RM18), ikan tongkol (RM10 kepada RM12), kerisi (RM10 kepada RM14), selar (RM20 kepada RM24).

Peniaga, Imi Manaf, 28, berkata, harga ikan naik sejak dua minggu lalu berikutan hasil tangkapan dari nelayan tempatan kurang.

Menurutnya, ia menyebabkan kebanyakan peniaga terpaksa mengambil bekalan dari negara jiran, Thailand bagi memenuhi permintaan pelanggan.



Peniaga ikan, Imi Manaf, 28, menyusun bekalan ketika tinjauan di Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat, di sini, hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali.

"Selain cuaca panas dan ribut di laut, faktor pertukaran wang kita yang jatuh juga menyebabkan harga ikan naik.

"Pemborong mengambil ikan di negara jiran dan terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

"Pemborong kemudiannya menjual kepada peruncit ikan dengan harga yang tinggi dan kami terpaksa menjual dengan harga yang sedikit tinggi. Faktor ini menyebabkan harga ikan naik," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan hari ini.

Pemborong ikan, Rosdi Mat Nuh, 50, yang berpengalaman berniaga ikan sejak 35 tahun lalu mengakui bekalan ikan pada masa ini berkurangan.

Menurutnya, sebagai pemborong, dia turut merasai kenaikan harga ikan itu berikutan perlu mengambil bekalan yang banyak sebelum menjual kembali kepada peruncit.

"Untuk menghabiskan bekalan yang diambil, saya juga menjual ikan secara runcit kepada pelanggan yang lain," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-harga-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046407 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list