CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

[Melaka] Hossain dipenjara 3 bulan curi pakaian dalam wanita

[Copy link]
Post time 17-6-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode

HOSSAIN Md Iqbal dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana mencuri seluar dalam seorang wanita. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku mencuri pakaian dalam berharga RM5 milik wanita berusia 57 tahun di sebuah pangsapuri di sini, dua minggu lalu.

Majistret Nurul Asyikin Rosli menjatuhi hukuman itu terhadap Hossain Md Iqbal, 32, selepas menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mencuri sehelai pakaian dalam bernilai RM5 milik seorang wanita di sebuah pangsapuri di Taman Hilir Kota 1, Jalan Merdeka di sini, 3.30 petang, 7 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu ketika berada di kediamannya menyedari sehelai pakaian dalamnya yang dijemur di hadapan rumah hilang.

Pengadu kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pangsapuri sebelum melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang warga asing yang dikenali mencuri pakaian dalamnya itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin, memohon hukuman penjara dikenakan mengambil kira kegusaran masyarakat sekiranya tertuduh bebas dan kembali ke kawasan berkenaan serta mengulangi perlakuan tidak bermoral itu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah pusat hiburan dan tidak diwakili peguam merayu hukuman denda yang rendah.

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh dipenjara tiga bulan bermula daripada tarikh ditangkap iaitu 12 Jun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akaian-dalam-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057462 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list