CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes denggi meningkat 5.8 peratus, 3 kematian

[Copy link]
Post time 24-6-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Putrajaya: Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME23.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME23 meningkat 154.2 peratus kepada 51,331 kes berbanding 20,194 kes bagi tempoh sama 2022.

"Sejumlah 37 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 13 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 24 kematian," katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspotkes demam denggi pada ME23 meningkat kepada 95 lokaliti berbanding 82 lokaliti hotspotpada minggu sebelumnya.

Lokaliti hotspot tersebut adalah 71 lokaliti di Selangor, 10 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, enam di Pulau Pinang, empat di Kedah serta masing-masing dua lokaliti di Sabah dan Perak.

Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiada kes chikungunya direkodkan pada ME23 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 135 kes.

Bagi survelan zika pula, sebanyak 1,191 sampel darah dan 63 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif, katanya.

Beliau turut meminta supaya kerosakan struktur bangunan yang menyebabkan takungan air diperbaiki segera untuk mengelakkan daripada menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -peratus-3-kematian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037137 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list