CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Johor] Reman anak kapak ibu dilanjutkan seminggu lagi

[Copy link]
Post time 25-6-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

TEMPOH reman suspek bunuh ibu menggunakan kapak dilanjutkan seminggu lagi sehingga Sabtu ini. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Mahkamah Majistret di sini hari ini, membenarkan tempoh reman suspek bunuh ibu menggunakan kapak di Taman Temiang Utama, Ahad lalu dilanjutkan sehingga 1 Julai ini.

Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh membenarkan tempoh tahanan reman ke atas suspek berusia 47 tahun itu dilanjutkan bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tempoh reman selama seminggu ke atas suspek bermula 19 Jun lalu berakhir hari ini.

Katanya, pihaknya memohon melanjutkan tempoh reman untuk melengkapkan siasatan sebelum merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek disyaki membunuh ibunya berusia 73 tahun dengan beberapa kali menetak kepala wanita itu menggunakan kapak.

Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur suspek kerana membuat bising menyebabkannya mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam itu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau dan pernah menjalani beberapa rawatan sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... utkan-seminggu-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.435421 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list