View: 256|Reply: 0
|
[Johor]
Ahli perniagaan ditipu RM3.5 juta cuba bebaskan anak dalam penjara
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Seorang ahli perniagaan ditipu RM3.5 juta oleh seorang lelaki gara-gara mahu membebaskan anak perempuannya dalam tahanan di Penjara Kajang sejak 2019.
Wanita berusia 67 tahun itu membuat bayaran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bagi membantu membebaskan anak perempuannya yang sedang dalam tahanan atas kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)/ Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar berkata, pada pertengahan Jun ini, polis Johor menerima aduan daripada wanita berkenaan yang mendakwa diperdaya dalam urusan membebaskan anak perempuannya yang berusia 38 tahun itu.
Menurutnya, mangsa mendakwa mengenali suspek yang juga warga tempatan sejak Mac 2020 dan menawarkan untuk membantu membebaskan anaknya itu.
Katanya, suspek meyakinkan wanita itu dengan menyatakan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes bagi membebaskan anaknya sekaligus menyelesaikan kes terbabit dengan secepat mungkin.
"Bagaimanapun wanita itu dikenakan syarat untuk memberikan sejumlah wang kepadanya untuk urusan terbabit.
"Percaya dengan kata suspek, wanita itu bmenyerahkan wang tunai secara berperingkat antara Mac 2020 hingga Jun 2023 kepada suspek sehingga mencecah RM3.5 juta.
"Walaupun bayaran sudah dijelaskan, pengadu mendapati anaknya tidak dibebaskan dan suspek memberi pelbagai alasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis kepada percaya ditipu suspek dan bertindak atas maklumat diterima, suspek berjaya diberkas pada 16 Jun lalu di sekitar Bandaraya Johor Bahru.
Menurutnya, suspek berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan atas kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-dalam-penjara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|