|
Johor Bahru: "Saya tidak kenal Nicholas, tetapi terdapat empat kali transaksi wang dari bank saya ke akaun lelaki itu pada 20 Mei lalu hingga baki akaun daripada RM11,092 hanya tinggal RM1," kata seorang ejen insurans, Koo Kah Peng, 53.
Menurutnya, dia hanya menyedari perkara berkenaan apabila menyemak baki akaun bank secara dalam talian pada 11 pagi pada 20 Mei lalu.
Katanya, kali terakhir dia membuat semakan baki akaun banknya adalah pada 19 Mei lalu.
Koo berkata, pada mulanya dia syak kad pengeluaran wang automatik (ATM) tercicir, namun ia tidak hilang.
"Saya kemudian ke cawangan bank untuk mendapatkan penjelasan sebelum mereka menunjukkan rekod transaksi pemindahan wang ke akaun bank seorang lelaki.
"Terdapat rekod permohonan nombor kod pengesahan transaksi (TAC), pemindahan wang dan permohonan bagi menukar had pemindahan wang.
"Kesemua transaksi pemindahan berlaku dalam tempoh enam minit iaitu antara 10.19 pagi hingga 10.25 pagi membabitkan RM11,092," katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, kesemua transaksi berkenaan dilakukan ke akaun peribadi seorang lelaki tidak dikenali bernama Nicholas.
Menurutnya, selain membuat laporan polis di Balai Polis Pelangi Indah pada 20 Mei lalu, dia turut melaporkan perkara itu ke Bank Negara Malaysia (BNM).
"Tak sangka wang gaji yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan keluarga menjadi sasaran scammer.
"Pengurusan bank menyatakan masih menjalankan siasatan berkaitan perkara berkenaan walaupun terbukti kesemuanya berlaku akibat sistem sekuriti bank yang masih lemah terutama perbankan internet," katanya ketika membuat aduan kepada Setiausaha Cawangan DAP Johor Jaya, Mok Meng Haw, di sini, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gal-rm1-dalam-akaun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|