CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ada cara nak hukum, tapi bukan kurung begitu...

[Copy link]
Post time 28-6-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar perbualan dalam kumpulan WhatsApp guru dan ibu bapa sebuah sekolah yang tular. FOTO Ihsan Azuan Abd Ghafar

Rembau: "Ada banyak lagi cara nak menghukum dan beri pengajaran, tapi bukan dengan mengurung murid," luah mekanik, Azuan Abd Ghafar.

Azuan, 30, adalah salah seorang bapa kepada murid sebuah sekolah rendah, di sini, dan ciapannya di Twitter semalam mendapat perhatian hingga tular di laman sosial.

Ia selepas Azuan berkongsi gambar tangkap layar kumpulan WhatsApp guru bersama ibu bapa di sekolah anaknya.

Berdasarkan perkongsian gambar berkenaan, salah seorang bapa kepada murid bertanya adakah anaknya ditempatkan dalam kurungan jeriji besi untuk pengasingan dan tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit.

Pertanyaan itu kemudian mendapat respons daripada seorang guru yang mengaku melakukannya.

Bapa murid berkenaan kemudian membalas dengan memaklumkan akan ke sekolah untuk bertemu guru berkenaan selain berkongsi gambar tempat kurungan yang dimaksudkan.

"Dalam ini anak aku dikurung. Diasingkan. Budak darjah satu. Rosak emosi budak nak ke sekolah. Macam tak ada otak," tulis bapa murid itu dalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

Berkongsi kisah, Azuan berkata, berdasarkan maklumat diterima, ada beberapa murid pernah dikurung dipercayai kerana bergurau dan bermain dalam kelas.

Katanya, tempat kurungan itu terletak di bangunan lama dan pernah digunakan untuk program di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Difahamkan sekejap saja dan tak lama pun (dikurung) tetapi bagi saya, hukuman itu tidak bersesuaian walaupun bertujuan untuk beri kesedaran kepada murid.

"Lagipun, dalam tempat kurungan itu ada peti elektrik... jadi bahaya untuk murid. Mereka aktif, jadi kita tak tahu apa kemungkinan akan berlaku sewaktu mereka dalam kurungan itu," katanya.

Menurut Azuan, walaupun kes itu tidak membabitkan anaknya, namun dia terpanggil untuk berkongsi kisah  berkenaan di laman sosial bagi menyuarakan kebimbangannya sebagai ibu bapa.

"Saya ada bertanya dengan bapa murid berkenaan dan dimaklumkan dia sudah buat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan bapa murid terbabit tidak berhasil kerana dia enggan ditemubual.

Hasil semakan Harian Metro pula mendapati belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPM ketika dihubungi memaklumkan akan mendapatkan butiran terperinci dan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Sementara rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan pendekatan digunakan guru terbabit dalam menghukum murid.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bukan-kurung-begitu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.492169 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list