|
Mohd Fauzi (kanan) ditemani ahli keluarga di Mahkamah Majistret Muar hari ini. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang mekanik didenda RM900 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menampar anak saudaranya yang didakwa berkelakuan biadap terhadap ibunya, April lalu.
Tertuduht, Mohd Fauzi Mohd Shahir, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara sehari sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut fakta kes, kejadian berlaku apabila mangsa, Siti Nurhamizah Mohd Nor Khairi, 19, didakwa berkelakuan biadap terhadap ibu tertuduh di sebuah rumah di Parit Jawa di sini, pada jam 3.45 petang, 22 April lalu.
Ketika itu, berlaku perselisihan antara tertuduh dengan mangsa sebelum lelaki itu menampar pipi anak saudaranya hingga mendatangkan kesakitan.
Pada masa sama, kejadian itu turut disaksikan beberapa ahli keluarga lain sebelum mangsa membuat laporan polis.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dengan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Noor manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Terdahulu, Nor Hafizah memohon mahkamah menjatuhi hukuman paling ringan dengan mengambil kira pengakuan tertuduh yang boleh menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Selain itu, tertuduh juga menanggung empat anak serta ibunya serta mengakui sudah menyesal atas perbuatan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kanik-didenda-rm900 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|